Nadi Cybersecurity – Ancaman Siber Di Tempat Awam

25 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2025, Jumaat, komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang menyertai Taklimat NADI Cybersecurity –Ancaman Siber Di Tempat Awam Slot 2 yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang di platform Google Meet sebagai medium webinar.

Tujuan webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta untuk memperlihatkan lebih mendalam lagi ancaman siber yang mungkin berlaku disekitar kita terutama ditempat awam. Peserta didedahkan cara memahami teknik Cer Cloning,Pengunaan Tracker Gadget dan bahaya Wifi di tempat awam.Pada akhir sesi,peserta diberi kuiz untuk menguji pemahaman tentang taklimat yang diberikan.

Diharapkan dengan adanya webinar cybersecurity ini dapat memperkasa keselamatan siber dan melindungi generasi digital seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali